Judul :
Advencer Si Peniup NeyPengarang : Faisal TehraniPenerbit : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd
Genre : Novel
Mukasurat : 243
Cetakan Pertama : 2005
ISBN :9676117625
Hedonis.Begitu definisi kaum di negeri jauh itu. Landas hidup hanya untuk berseronok-seronok, bermewah-mewah, lazat, lazat, lazat. Berpantang arah tujuan, terlarang segala fikiran. Ya, aliran hedonisme menjunjung kelazatan dan puja-pujaan, emm... cita rasa, cita rasa!
40 remaja berawajah amat berseri-seri mengundang Sulaiman Hilmi yang bermata biru hijau berbalam, yang berwajah cahaya. Bersama mereka menunggang awan, memacu ombak menuju ke negeri jauh, membawa salam kesejahteraan. Demi menyahut panggilan Cinta. Menyerah buat dibakar api Cinta. Merawat duka rawan rindu kepada Cinta. Bahawa yang paling seronok, paling mewah, paling lazat ialah kelazatan menunaikan janji abadi :
Bahawa Dia itu Satu. Tempat bergantungnya segala sesuatu. Tumpuan hidup dan mati dan hidup lagi sesudah mati.Dia Sumber Cinta, Pencipta Segala Rasa.
"Karya ini berjaya menarik perhatian panel apabila secara sinis menempelak gaya hendonisme anak muda yang tercemar akhlaknya lantaran asyik dengan hiburan yang bertentangan dengan Islam.
Karya ini merunut kehebatan kesenian Islam yang telah melahirkan tokoh-tokoh sufi dan falsafah selain menyerlahkan nama-nama seperti Ibnu Misjah, Ibnu Suraj, Ata Abi Rabah, Yunus Kateb, Ibnu Farabi, Ibnu Sina dan Yunus Emre.
Faisal juga berjaya mengolah naratif keseluruhan karyanya dengan memberi penegasan bahawa kesenian dan Islam bukanlah sesuatu yang terpisah daripada konsep keimanan." - Mingguan Malaysia 29 Mei 2005
Sumber :
Ujana Ilmu