Tajuk: Rahsia Agenda Alam Hitam [Kelahiran Mufrad]Penulis: Zehann Ur RakhiePenerbit: Pekan Ilmu Publications Sdn. Bhd.Harga: RM25.90Novel ini berlatar belakangkan Tanah Semenanjung dari zaman Raja Ong Pra Maha Peria Deria (Raja Bersiung) yang melarikan diri dari buruan rakyat Kedah kerana berlaku kejam dan meminum darah rakyat jelata yang tidak berdosa. Lantaran itu, Raja Bersiung telah melarikan jauh ke pendalaman hutan sempadan Siam. Dia menyembunyikan dalam rimbunan buluh betung dan mendapati dirinya bermimpi dan beroleh kuasa dari ghaib dan sebagai penguasa Alam Hitam setelah membuat penjanjian dengan Qaruth, jin ifrit yang mencuri dengar berita tentang akan wujudnya para wali di Nusantara. Qaruth menyamar sebagai Tok Bambang Jarum dan muncul di Lubuk Gua.
Keturunan Raja Bersiung iaitu Indera Gurana kemudiannya muncul sebagai lelaki misteri di Kuala Muda setelah menghisap darah anak kapal dagang Bugis. Pawang Siam cuba meyakinkan orang-orang kampung bahawa dia boleh menghalau jembalang tersebut dengan syarat menyediakan perngorbanan. Sheikh Ibrahim berketurunan Arab dari Pagar Ruyung, Sumatera dan dibantu oleh Kiai Jamal berusaha menghalang perlakuan syirik Pawang Siam dan penguasaan makhluk yang menyerupai harimau jadian yang mengamalkan ajaran dari lembaran kitab Alam Hitam. Indera Gurana ditentang oleh keturunannya sendiri. Siapakah anak muda yang bernama Massurya Syah? (cr: perkasaalam.blogspot.com)
Terima kasih kepada
Kalamtimur di atas post mengenai buku ini pada 5 September 2005. Honestly la.. selain karya Ramlee Awang Murshid, karya Zehann Ur Rakhie ni memang menarik perhatianku sewaktu kali pertama ternampak cover novel ni kat stor Pekan Ilmu. Apalagi susah jugak nak jumpa karya kreatif yang berlatarkan suasana zaman Melayu dulu2. Lepas tu ditambah dengan unsur2 mistik lagi, memang cukup bahan & segala perencah untuk menjayakan novel ini. Gaya bahasa yang diguna pun bersesuaian dengan suasana kurun ke-15.Buku ni kalau dibaca time malam boleh la meremangkan bulu roma. Ada seorang hamba Allah itu memberitahu aku baru2 ini yang bila dia pertama kali membaca novel ini (30 muka surat sahaja) pada bulan puasa, naik meremang bulu romanya. Aku rasa nak tergelak pun ada jugak. Tapi perasaan tu memang real. Boleh rasa seram, apatah lagi kalau kita betul2 menjiwai ceritanya.Kelahiran Mufrad ni maksudnya keturunan Indera Gurana yang lahir menyimpang dari landasan yang sepatutnya. Mcm mana nak explain ya..? Keturunan jahat ni dia ada semacam prosedur apabila tiba time nak menyemai benih baka jahatnya. Iaitu bila perempuan pilihannya tgh berada dalam keadaan tidak suci (period). Sari, gadis yang diculik oleh Indera Gurana untuk dijadikan ibu kepada bakal warisnya itu akhirnya dapat mengesan niat sebenar Indera Gurana lalu telah berbuat sesuatu supaya anak yang bakal dikandungnya nanti tidak mempunyai sifat2 jahat.Tapi malangnya apabila Sari diselamatkan oleh Sheikh Ibrahim dan beberapa orang lagi, dia mula dibenci dan dipulaukan oleh orang2 kampung terutamanya ibu bapanya sendiri yang telah membuangnya dari keluarga setelah mendapati Sari mengandungkan anak luar nikah. Sheikh Ibrahim la yang bertanggungjawab menjaga kebajikan Sari dan anak dalam kandungannya itu. Apabila Sari meninggal dunia, Massurya Syah dididik oleh Sheikh Ibrahim dengan didikan agama. Dengan segala ilmu itulah akhirnya Massurya Syah bangkit menentang ahli-ahli Alam Hitam yang lain.Sesiapa yang meminati cerita misteri, novel ini memang patut menjadi santapan mata anda2 para pembaca. Setahu saya saudara fadz juga meminati novel ini & tertunggu2 akan kemunculan Rahsia Agenda Alam Hitam 2: Vamprha. Info tambahan lagi, Pekan Ilmu Publications SB akan menerbitkan buku ini pada tahun hadapan tetapi penerbitan novel RAAH2: Vamprha ini mungkin dibawa ke depan iaitu pada tahun ini juga kerana sebilangan peminat2nya sudah agak lama tertunggu2 untuk mengikuti sambungannya. Pesta Buku 2009 di PWTC: kepada peminat2 Zehann Ur Rakhie, anda mungkin mempunyai peluang untuk bertemu & mendapatkan t/tangan beliau di sana nanti. :)
No comments:
Post a Comment