Sunday, January 18, 2009

Pengenalan

Blog ini khusus untuk koleksi karya (novel) fantasi dan fiksyen sains (FSF) yang selama ini diabaikan dari arus sastera perdana tempatan. Selain itu, tujuannya adalah untuk mempromosikan karya-karya aliran FSF untuk tatapan peminat yang meminati aliran ini. Saya bertindak sebagai moderator ini dan mengalu-alukan kepada sesiapa yang ingin mempromosikan karya mereka secara percuma di sini.

Segala bentuk cabang dari aliran FSF akan diketengahkan di sini tanpa mengira samada penulis baru atau lama. Samada terkenal ataupun tidak, blog ini adalah zon nuetral yang tidak mempunyai sebarang kepentingan melainkan untuk melihat aliran ini terus kukuh di persada penulisan tanah air. Disamping itu, blog ini juga bertujuan untuk memperkenalkan penulis-penulis karya FSF dan aktiviti mereka melalui blog atau laman web peribadi mereka.

Karya-karya penulisan mistik, horror, gotik, seram, dark, black juga akan dimuatkan dalam blog ini. Segala pengambilan bahan samada sinopsis, ulasan, komen, gambar dan sumber akan dinyatakan di dalam entri atau blog ini untuk mengelakkan sebarang tindakan undang-undang.

Selain dari itu, sumbangan artikel juga adalah digalakkan untuk menyerikan lagi blog ini. Semoga aliran FSF sentiasa berkembang maju dan menjadi wacana yang berguna untuk menyampaikan ilmu dan dakwah yang berkesan. Tidak kira dari penerbitan mana, blog ini akan mempromosikannya sesuai dengan aspirasi dan tujuan blog ini. Salam manis dari saya - Fantasia Arjuna.

Pic Source : My Japanese

No comments: